Monday, November 17, 2008

Continue....JOM ENJOY!!!


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, bertemu lagi kita di ruangan ini. InsyaAllah, saya bisa meneruskan perbincangan topik yang saya janjikan sebelum ini, Jom ENJOY....

Sembahyang 5 waktu itu ibarat mekanisme yang berperanan sebagai check and balance kehidupan mukmin.Ianya boleh menjadi monitor kepada haluan hidup.Melalui sembahyang , para mukmin akan terus subur jiwanya dengan keyakinan yang kental, akhlak yang luhur, disiplin yang tinggi dan jiwa yang bersih dari dosa dan mazmumah.Hidup para mukmin yang mendirikan solat dengan sebenarnya akan menjadi tenang , damai, tenteram atau disebut juga mutmainnah.Inilah orang yang isebut oleh ALLAH S.W.T sebagai orang yang selamat di Akhirat.FirmanNYA bermaksud,

"Hari yang tidak bermanfaat harta dan anak-anak kecuali mereka yang kembali kepada ALLAH dengan hati yang sejahtera(bersih dan beriman )

(Asy-Syuara:88-89)

Untuk menjadikan sembahyang itu sampai ke tahap membina hati yang sejahtera, maka perlu pula memenuhi bukan sahaja syarat-syarat zahir , yakni menepati syarat rukun dan sah batal yang telah ditetapkan syariat, tetapi juga perlu memenuhi syarat-syarat batin. Langkah-langkah ini terasuk dalam usul fiqh yang bermaksud:

"Tidak sempurna sesuatu yang wajib melainkan jalan-jalan ke arah kesempurnaan juga wajib"

Walaupun syarat batin ini tidak diwajibkan secara hukum yang qat'i, namun ianya perlu untuk mencapai kesempurnaan sembahyang iaitu khusyuk. Terpaksalah menurutinya dengan bermujahadah yang akibatnya nafsu akan terseksa derita menanggung kesusahan kerana khusyuk itulah nilai sembahyang yang sebenar di sisi ALLAH.

# Hadir di tempat solat 10 minit sebelum masuk waktu solat dan bersedia dalam keadaan wudhuk. datang awal itu melmbangkan sifat seorang hamba iaitu datang sebelum dipanggil.

# Duduk dengan tawadhuk dan mula mengkoreksi diri dengan cara mengutukk dan mencerca diri. kutuk , cerca dan hinakanlah diri di hadapan ALLAH S.W.T secara merasai dengan mendalam bahawa diri adalah dhaif, hina dina, lalai, leka, biadap, ljahat, kurang ajar, banyak dosa bak debu di padang pasir dan derhaka sama ada disedari atau tidak.

# Mengeluh dan merintihlah terhadap terhadap ALLAH S.W.T mengenai nasib diri di Akhirat kelak.Rasakanlah bahawa tiada siapa yang dapat membantu dan menyelamatkan kecuali ALLAH S.W.T sahaja. Rasakan bahawa saat itu sudah sangat hampir

# Rasailah pula betapa ALLAH itu Maha Agung, Maha Berkuasa, Maha Hebat , Maha Besar dan lain-lain Asma'ALLAH. Rasailah benar-benar bahawa diri ini dalam genggaman ALLAH S.W.T.Dan ALLAH berkuasa atas tiap-tiap sesuatu

Sebelum saya mengakhiri perbincangan kita kali ini, jom kita memuhasabah diri....renungi kata-kata di bawah..

Orang yang biasa-biasa saja tahap jiwanya, mengulas pelbagai perkara,
Orang yang berjiwa kecil, memperkatakan diri orang lain,
Orang yang berotak kecil, hanya bercakap mengenai diri sendiri....
Anda di golongan yang mana?

No comments: