Saturday, November 22, 2008

Bila hati terjatuh Cinta




Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”Mak jawab, “dua-dua bukan..”Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.“Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

“Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya.“Dan “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..”Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. R asa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu..”Mak menyambung Saya memintas, “Tak faham..”

Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..”Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung“Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.Secret Admire“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.”
Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat.

Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai.“Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama.

Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.Adakah ia suatu diskriminasi?“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin..
Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..”Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,“Allah itu Maha Adil.Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya.

Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..Bukan luar biasaTentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju.

Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya..

Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”Redha“Kakak..

Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ”

Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.sumber:


http://hawamahabbah.blogspot.com/ , http://mujahadah.wordpress.com/

Monday, November 17, 2008

Continue....JOM ENJOY!!!


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, bertemu lagi kita di ruangan ini. InsyaAllah, saya bisa meneruskan perbincangan topik yang saya janjikan sebelum ini, Jom ENJOY....

Sembahyang 5 waktu itu ibarat mekanisme yang berperanan sebagai check and balance kehidupan mukmin.Ianya boleh menjadi monitor kepada haluan hidup.Melalui sembahyang , para mukmin akan terus subur jiwanya dengan keyakinan yang kental, akhlak yang luhur, disiplin yang tinggi dan jiwa yang bersih dari dosa dan mazmumah.Hidup para mukmin yang mendirikan solat dengan sebenarnya akan menjadi tenang , damai, tenteram atau disebut juga mutmainnah.Inilah orang yang isebut oleh ALLAH S.W.T sebagai orang yang selamat di Akhirat.FirmanNYA bermaksud,

"Hari yang tidak bermanfaat harta dan anak-anak kecuali mereka yang kembali kepada ALLAH dengan hati yang sejahtera(bersih dan beriman )

(Asy-Syuara:88-89)

Untuk menjadikan sembahyang itu sampai ke tahap membina hati yang sejahtera, maka perlu pula memenuhi bukan sahaja syarat-syarat zahir , yakni menepati syarat rukun dan sah batal yang telah ditetapkan syariat, tetapi juga perlu memenuhi syarat-syarat batin. Langkah-langkah ini terasuk dalam usul fiqh yang bermaksud:

"Tidak sempurna sesuatu yang wajib melainkan jalan-jalan ke arah kesempurnaan juga wajib"

Walaupun syarat batin ini tidak diwajibkan secara hukum yang qat'i, namun ianya perlu untuk mencapai kesempurnaan sembahyang iaitu khusyuk. Terpaksalah menurutinya dengan bermujahadah yang akibatnya nafsu akan terseksa derita menanggung kesusahan kerana khusyuk itulah nilai sembahyang yang sebenar di sisi ALLAH.

# Hadir di tempat solat 10 minit sebelum masuk waktu solat dan bersedia dalam keadaan wudhuk. datang awal itu melmbangkan sifat seorang hamba iaitu datang sebelum dipanggil.

# Duduk dengan tawadhuk dan mula mengkoreksi diri dengan cara mengutukk dan mencerca diri. kutuk , cerca dan hinakanlah diri di hadapan ALLAH S.W.T secara merasai dengan mendalam bahawa diri adalah dhaif, hina dina, lalai, leka, biadap, ljahat, kurang ajar, banyak dosa bak debu di padang pasir dan derhaka sama ada disedari atau tidak.

# Mengeluh dan merintihlah terhadap terhadap ALLAH S.W.T mengenai nasib diri di Akhirat kelak.Rasakanlah bahawa tiada siapa yang dapat membantu dan menyelamatkan kecuali ALLAH S.W.T sahaja. Rasakan bahawa saat itu sudah sangat hampir

# Rasailah pula betapa ALLAH itu Maha Agung, Maha Berkuasa, Maha Hebat , Maha Besar dan lain-lain Asma'ALLAH. Rasailah benar-benar bahawa diri ini dalam genggaman ALLAH S.W.T.Dan ALLAH berkuasa atas tiap-tiap sesuatu

Sebelum saya mengakhiri perbincangan kita kali ini, jom kita memuhasabah diri....renungi kata-kata di bawah..

Orang yang biasa-biasa saja tahap jiwanya, mengulas pelbagai perkara,
Orang yang berjiwa kecil, memperkatakan diri orang lain,
Orang yang berotak kecil, hanya bercakap mengenai diri sendiri....
Anda di golongan yang mana?

Friday, November 14, 2008

Jom 'ENJOY'!!!

Biau betul....

Kenapa?
x boleh ke?
Well...kita seringkali mengaitkan istilah Enjoy ini sebagai perkara yang negatif....walhal...apa salahnya kita mempositifkan istilah ....macamana plak tuh?Ish ish...pening-pening....
Sebelum kita berbincang mengenai topik ini dengan lebih mendalam, mari kita semak dulu apa definisi Enjoy tu sebenarnya.Menurut Kamus Dwibahasa Oxford, Edisi Keempat, Enjoy bermaksud berseronok, menikmati.
Jom sahabat, jom rakan, teman-teman..
kita cuba tuk sinonimkan istilah Enjoy ini dalam kehidupan sehari hari...APA! macam mana tu?
Teman teman..
Pernah x kita chek, sejauhmana perasaan Enjoy tue dapat diadaptasikan di dalam melakukan ibadah kepadaNYA?Payah benar untuk diri kita merasai khusyuk dalam beribadah....X Enjoy...kadang rasa macam buat rutin harian... x lengkap if x buat..Pernah rasa macam tu?Buat bukan atas dasar kehambaan padaNYA..TAPI kerana dah terbiasa?
Macam mana kita nak merasai kelazatan itu? Merasa ENJOY dalam melakukan ibadah kepadaNYA.... InsyaAllah,saya akan sambung topik ini akan datang..
Sambil itu, jangan lupa....Sama sama berusaha....Menggapai redha ILAHI..InsyaAllah...

Thursday, November 6, 2008

Apa yang awak dah buat?

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, kita masih dipertemukan di ruangan ini. sekadar satu persoalan untuk difikirkan dan dipersoal....Seringkali kita berbicara tentang aspek dakwah kepada masyarakat umum, tetapi praktikalitinya bagaimana?Teringat lagi, ketika mula melangkah ke alam pekerjaan, 'apa aku nak buat?macam mana aku nak berdakwah ni?boleh ker aku sorang sorang?....persoalan-persoalan ini selalu menerjah kotak fikiran ini...jadi, ayuh, sahabat2 kita fikirkan penyelesaiannya....bagaimana untuk kita sebarkan dakwah sama ada secara langsung mahupun secara x langsung, tetapi tetap BERKESAN?

Tuesday, November 4, 2008

Yang mana satu jalannya?


Assalamualaikum w.b.t,

Ini pertama kali buat diri ini untuk berbicara mengenai pengalaman peribadiku...Sebarang kelompangan, kecacatan, mohon dimaafkan.Sungguh, benarlah kata sahabatku...
Industri menuntut kita untuk menjadi lebih cekal... tegas... dan yang utama, BERPRINSIP...

Mengapa?
Pengalaman bisa merungkai segalanya...

Masih ingatkah kalian di suatu ketika dahulu, kalian pernah dipersoalkan mengenai perancangan kalian sekiranya menjadi pemimpin..Mari kita SITUASIkan keadaan di mana kelak kalian menjadi jurutera.
Benarlah, seorang pemimpin menjadi ketua bukan hanya kerana kuasa.Di mana letaknya rasa hormat bagi yang dipimpin sekiranya yang memimpin tidak memenuhi kriteria yang sepatutnya?

Siapa yang menentukan kita adalah ketua?
x lain x bukan adalah orang yang bakal kita pimpin.Dalam konteks menjadi seorang jurutera, atau apa sahaja organisasi, bagaimana mahu kita pastikan kepimpinan kita, walau tidak dapat memuaskan hati semua orang yang penting kita berusaha ke arah itu...

sebelum apa2

menangi hati mereka, tawan hati mereka...
setelah itu baru lah kita teruskan melaksanakan proses dakwah yang lebih praktikal.

Sunday, November 2, 2008

Mengapa kau MENANGIS?


TARBIYYAH RUHIYYAH TANGISAN KERANA TAKUT KEPADA ALLAH ,SATU PENILAIAN TERHADAP PERSOALAN HATI
Ustaz Zainudin Hashim Sun Nov 02, 08 9:35:19 am MYT

Pendahuluan
Fenomena tangisan di kalangan manusia hari ini mempunyai maksud yang tersendiri, ini kerana ada yang menangis sebab ditinggalkan orang yang amat dikasihi, sama ada seorang kekasih, ibu, bapa, anak-anak, jiran, sanak saudara terdekat dan seumpamanya.

Terdapat juga yang menangis kerana terlalu gembira sebab bertemu semula dengan orang yang terpisah sejak sekian lama, ada juga di kalangan mereka yang terlalu mudah untuk mengalirkan air mata apabila menonton sebuah cerita yang berkonsepkan kesedihan dengan pelbagai karenah dan watak dalam filem tertentu. Apapun amat sukar hari ini untuk mendapatkan jenis manusia yang menangis kerana takutkan Allah sebab ia amat terbatas, ini kerana jiwa serta hati mereka tidak terikat melalui hubungan dengan Allah selaku Pencipta, atau dengan kata lain hati mereka tidak melalui proses tarbiyyah seperti yang dialami oleh generasi silam.

Hati manusia hari ini tidak selembut mereka yang terdahulu daripada kita, malah tidak berusaha untuk mencari jalan bagaimana hati tersebut dapat dilunak dan dijinakkan melalui hubungan dengan Allah SWT. Pendek kata, faktor yang menyebabkan manusia hari ini tidak mementingkan persoalan pensucian hati dan jiwa adalah disebabkan mereka tidak menggarap ilmu agama dengan sepatutnya, mereka membiarkan hati tersebut kosong dan akhirnya terjebak dalam kancah yang amat dikutuk oleh Allah SWT.

Justeru, baginda Rasulullah s.a.w ada memberi wasiat kepada Saidina Ali Bin Abi Talib yang membawa maksud : Wahai Ali, jika sekiranya berlalu 40 hari di kalangan orang-orang Islam dan mereka tidak duduk (secara langsung) dengan para alim ulama� (menadah kitab, maka mereka akan ditimpakan oleh Allah dengan dua implikasi, pertama hati mereka menjadi keras dan kedua mereka berani pula (terjebak) melakukan dosa-dosa besar. Jelas daripada wasiat baginda s.a.w di atas menunujukkan kepada kita, bahawa apabila seseorang muslim itu yang tidak bersedia untuk duduk bersama alim ulama,untuk belajar daripada mereka, maka dia akan ditimpakan dua perkara, hati keras yang tidak memungkinkan dia mendapat petunjuk daripada Allah malah berani pula melakukan dosa-dosa besar seperti meninggalkan solat, membunuh, meragut, memfitnah Islam, membenci ulama menderhaka kepada kedua ibu bapa, melanggar perintah Allah, menghina hukum-hukum Islam, meletupkan mangsa yang dibunuh dan banyak lagi yang dianggapa sebagai jenayah di sisi Allah SWT.

Pendekatan al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad mengenai nilai air mata
Sehubungan itu, Allah menjelaskan, menerusi ayat 109 surah al-Isra yang bermaksud : Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangil dan mereka bertambah khusyu
Itulah sikap dan nilai orang-orang yang beriman sungguh-sungguh kepada Allah SWT, di mana mereka tidak akan mudah mengalirkan air mata melainkan apabila melihat Islam ditekan, diperlakukan dengan sewenang-wenangnya oleh tangan-tangan pengkhianat agama, negara dan bangsa. Keadaan ini amat berbeza sekali dengan orang Islam hari ini yang tidak peka atau prihatin dengan perkembangan semasa yang melibatkan undang-undang Islam yang masih tidak terlaksana dan mereka tidak sedih apatah lagi mengeluarkan air mata kerananya. Mereka juga tidak berusaha merebut peluang untuk dimasukkan dalam salah satu daripada tujuh kategori manusia yang mendapat naungan Allah pada hari kiamat, seperti yang ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w dalam sebuah riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim daripada Abu Hurairah (r.a), bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : Tujuh golongan yang mendapat naungan Allah pada hari Kiamat (di padang Mahsyar), di mana tidak ada naungan melainkan naungan Allah :-

* Pemerintah yang adil,

* Seseorang yang hatinya terpaut kepada masjid,

* Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah dan berpisah kerana Allah,

* Remaja yang membentuk dirinya untuk beribadat kepada Allah,

* Seorang lelaki yang digoda oleh seorang wanita yang rupawan,

* Hartawan dan mempunyai kedudukan, lalu dia berkata, sesungguhnya aku takut kepada Allah (atau sebaliknya),

*Seorang yang mendermakan dengan tangan kanannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui (kerana ikhlas) dan

* Seseorang itu yang mengingati Allah (dengan mengenangkan segala dosa yang dibuat) hingga mengalirkan air mata (kerana takut kepada Allah) - Hadis Sohih.

Dalam hadis yang lain pula, Rasulullah s.a.w bersabda :Seseorang itu tidak akan masuk neraka disebabkan dia menangis kerana takut kepada Allah.........Hadis riwayat at-Tirmizi.
Sesungguhnya baginda Rasulullah s.a.w banyak memberi motivasi kepada umatnya dengan kata-kata hikmat (hadisnya) yang mampu mengalirkan air mata bagi golongan yang memiliki hati yang sejahtera daripada amalan syirik, nifaq dan menyanggah hukum Allah SWT, tetapi bagi mereka yang keras hatinya daripada amalan Islam, atau kosong daripada penghayatan agama, walau dibacakan ayat al-Quran kepada mereka, tetap tidak akan berganjak dan terus berada dalam kesesatan
.


Allah SWT menegaskan dalam ayat 23 surah az-Zumar (39) maksudnya : Maka apakah orang-orang yang dibuka Allah hatinya untuk menerima Islam lalu dia mendapat cahaya daripada Tuhannya sama dengan orang keras hati? Maka celakalah bagi mereka yang keras hatinya dari mengingati Allah, sesungguhnya mereka itu berada dalam kesesatan yang nyataï


Kesan air mata positif yang melayakkan masuk syurga Allah
Para ulama telah menggariskan beberapa pendekatan bagi memperolehi jalan untuk memastikan agar air mata yang mengalir itu adalah disebabkan takut kepada Allah SWT :


1- Bergaul dengan para solihin di kalangan orang-orang alim yang sering mengingatkan diri kepada Allah, serta merasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan agama-Nya yang semakin hari semakin tercemar dengan tindakan orang-orang Islam sendiri.
2- Memerhati alam sekeliling ciptaan Allah bagi membangkitkan diri daripada alpa kepada istiqamah dengan Islam dengan merasakan Allah Maha Agung dalam penciptaan-Nya.

3- Sentiasa melakukan muhasabah diri terhadap segenap kesalahan yang pernah dilakukan, ia tidak dapat dikesan melainkan duduk bersama dengan golongan ahli ilmu.

4- Mencari atau menyediakan persekitaran yang baik adalah salah satu kaedah untuk mampu menangis kerana takut kepada Allah.

5- Mencari contoh teladan yang baik lagi solih bagi mencerminkan diri kepadanya.
Jika semua perkara di atas dapat dilakukan, nescaya seseorang muslim itu berjaya menemui noktah penting bagi menjamin dirinya untuk terus menangis kerana takut kepada Allah SWT