Sunday, October 26, 2008

Bahagia?...Gelisah?.....


Kaedah Asas Mengekalkan Kesihatan Jiwa
Dipetik dari buku: LA TAHZAN Kebahagian Pasti Bersamamu


Nikmatilah hari-harimu dan detik-detik dalam hidupmu.Masa lalu jangan sampai membuatmu selalu bersedih,Masa depan jangan sampai membuatmu risau dan Serahkan segala urusanmu kepada ALLAH

•Janganlah kamu membiarkan kemusykilan sebesar.Apapun membinasakan emosimu dan fikirkanlah dengan tenang dalam mencari penyelesaian.

•Ingatlah harga mahal yang kamu bayar untuk kesihatan.Kamu ketika kamu menjadi tawanan kegelisahan,Ketegangan dan stress.

•Ketika anda tegang dan stress disebabkan sesuatu Kemusykilan walau apapun bentuknya, ambillahSehelai kertas dan pena dan catatlah jawapan di atas.Kertas tersebut untuk beberapa soalan berikut:Apakah yang membuat saya tegang?Apakah yang harus saya lakukan dengan ketegangan.Saya?Bilakah saya dapat melakukannya?Bagaimana saya mampu melakukannya?

•Jangan sesekali meragui bahawa kamu adalah seorangYang bahagia. Janganlah kamu menanyakan dirimu, apakahDirimu bahagia atau tidak. Kamu pasti bahagia selagi kamu Mentaati ALLAH,menyembahNya dan menuntu ilmu keranaNya.

•Kamu harus bersungguh-sungguh dan tekun dalam menuntut Ilmu dan beramal, menikmatinya dan menjadikannya mampu Mengisi kekosonganmu.Ketika itu kamu pasti tidak akan merasa risau lagi.

•Lupakanlah masalah yang remeh temeh. Janganlah kamu Menghiraukan masalah yang tidak bermanfaat. Janganlah kamu marah lantaran msalah remeh temeh atau membiarkannya menakluki dirimu dan mekarkan hidupmu.

•Janganlah kamu khuatir dengan masa depan. PercayalahDengan takdir ALLAH dan ketentuanNya. Yakinlah denganKebijaksanaan ALLAH. Relakanlah segala apa yang ditakdirkanAllah pada dirimu. Bersikaplah dengan baik, bersyukur dan reda. Hadapilah dugaan dengan sabar dan berserah diri kepada ALLAH

No comments: